Aku antara yang perihatin terhadap Stesyen Keretapi Tanah Melayu di Johor Bahru. Sejak remaja hingga aku berjaya membuka studio gambar (1974) di No. 13, Blok D 'rumah flat' Jalan Lumba Kuda, seberang landasan stesyen Johor Bahru, setiap pagi aku menyebrang 3 lapis trek keretapi utk ketempat kerja di Pejabat Besar Pos Johor Bahru lewat Jalan Tan Hok Nee atau Jalan Dhobi.
Sejak Johor Central mula dibangunkan, nasib stesyen tua ini menjadi perhatian aku, setiap pemimpin aku bertanya kesudahan stesyen ini. Aku tanya YB Dato Shahrir Samad Ahli Parlimen Johor Bahru, jawapannya amat melegakan. Setiap kali aku ke Bandaraya aku suka pakir kereta di kawasan stesyen ini, mengenang kembali nostalgia, ada warung cepati di bawah tangga tempat aku sarapan dan kekadang minum petang.
Agaknya kerana aku sering mengharap maklumat tentang nasib masa depan stesyen ini, pada 29 Jun 2011 aku menyaksikan pemindahan harta KTM dari Tanjung Pagar Singapura ke Stesyen Johor Bahru.Benar akhirnya, stesyen ini akan jadi Muzium Keretapi.
majid yahya
No comments:
Post a Comment