var _wau = _wau || []; _wau.push([tab, "mngua4bhcdea", "dxq", "left-middle"]);(function()

Tuesday, June 21, 2011

Tiada Lagi Peniaga Kupang Di Pantai Lido












majid yahya 18 Jun 2011

1 comment:

Majid Yahya said...

Untuk sekian kali, seperti biasa saya tetap mahu singgah dipondok (bukan pondok sebenarnya,tapi teduhan bertiang empat beratap kembes)penjual kupang.
Alangkah terperanjat melihat penjual kupang yang telah berpuluh tahun berniaga disitu membersihkan kupang tanpa berteduh.
lebih menghairankan rangka pondok tempat peniaga ini berniaga sudah berselerak atas tanah, seperti baru sahaja dirobohkan.
Saya dekati 2 peniaga tersebut.Tepat telahan saya." baru pagi ni bang! saya datang pondok saya ni dah dirobohkan, tapi bukan olih pihak Bandaraya, sebab saya baru sahaja tanya Bandaraya" keluhnya, " munkin pihak pemaju kawasan ni" tambahnya sedih.
Simpati saya terus membara, mahu menolong mereka, tapi apakan daya, saya tidak sesegar dulu. Tapi perasaan bertanggungjawab sebagai sesama insan saya sambung berbual dgn mereka.
Saya tahu kawasan ini sememangnya tempat warga JB membeli lokan segar dari kawasan Sungei Melayu dan sekitar Danga sejak berpuluh puluh tahun yang lalu.
Saya juga peka kawasan Pantai Lido lambat laun akan berubah wajah dengan pembangunan.
10 tahun dahulu ( ketika bertugas di Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor) sudah berketik dihati bahawa satu hari nanti kemanakah peniaga2 ini akan pergi.
Suka tak suka mereka terpaksa melepaskan tapak tempat mereka mencari nafkah sejak sekian lama.
Cuma diharapkan mereka terbela. Di ikhtiarkan tempat yg sesuai oleh pihak yang ada rasa tanggungjawab.

Kecekapan dalam bidang mereka ini harus diekdploitasikan menjadi satu tarikan tempat mencari kupang 'segar'.

say something